Who cast that first fateful tomato that started the La Tomatina revolution? The reality is no one knows. Maybe it was an anti-Franco rebellion, or a carnival that got out of hand. According to the most popular version of the story, during the 1945 festival of Los Gigantes (a giant paper mâché puppet parade), locals were looking to stage a brawl to get some attention. They happened upon a vegetable cart nearby and started hurling ripe tomatoes. Innocent onlookers got involved until the scene escalated into a massive melee of flying fruit. The instigators had to repay the tomato vendors, but that didn't stop the recurrence of more tomato fights—and the birth of a new tradition.
Fearful of an unruly escalation, authorities enacted, relaxed, and then reinstated a series of bans in the 1950s. In 1951, locals who defied the law were imprisoned until public outcry called for their release. The most famous effrontery to the tomato bans happened in 1957 when proponents held a mock tomato funeral complete with a coffin and procession. After 1957, the local government decided to roll with the punches, set a few rules in place, and embraced the wacky tradition.
Though the tomatoes take center stage, a week of festivities lead up to the final showdown. It's a celebration of Buñol's patron saints, the Virgin Mary and St. Louis Bertrand, with street parades, music, and fireworks in joyous Spanish fashion. To build up your strength for the impending brawl, an epic paella is served on the eve of the battle, showcasing an iconic Valencian dish of rice, seafood, saffron, and olive oil.
Today, this unfettered festival has some measure of order. Organizers have gone so far as to cultivate a special variety of unpalatable tomatoes just for the annual event. Festivities kick off around 10 a.m. when participants race to grab a ham fixed atop a greasy pole. Onlookers hose the scramblers with water while singing and dancing in the streets. When the church bell strikes noon, trucks packed with tomatoes roll into town, while chants of "To-ma-te, to-ma-te!" reach a crescendo.
Then, with the firing of a water cannon, the main event begins. That's the green light for crushing and launching tomatoes in all-out attacks against fellow participants. Long distance tomato lobbers, point-blank assassins, and medium range hook shots. Whatever your technique, by the time it's over, you will look (and feel) quite different. Nearly an hour later, tomato-soaked bombers are left to play in a sea of squishy street salsa with little left resembling a tomato to be found. A second cannon shot signals the end of the battle. | Siapakah manusia pertama yang melontar buah tomato lantas memulakan revolusi La Tomatina? Sebenarnya, tiada siapa yang tahu. Mungkin si pemberontak anti-Franco ataupun mungkin semasa satu karnival yang berakhir dengan huru-hara. Mengikut versi kisah yang paling popular, semasa di festival Los Gigantes pada tahun 1945 (perarakan boneka papier mache terbesar), penduduk tempatan ketika itu sedang mencari ruang memulakan perbalahan untuk menagih perhatian. Mereka terjumpa sebuah kereta sorong berisi sayuran lantas mula membaling tomato yang ranum. Pemerhati di jalanan turut serta dan keadaan berubah menjadi adegan baling-membaling buah. Mereka yang memulakan kekecohan itu terpaksa membayar ganti rugi kepada penjual tomato, tetapi kejadian itu membawa kepada bermulanya lebih banyak pesta baling tomato dan lahirlah satu tradisi baharu. Bimbang berlakunya kekecohan yang lebih besar, pihak berkuasa menggubal undang-undang, bersikap lebih bertimbang-rasa, kemudiannya menetapkan semula pelbagai larangan pada tahun 1950. Pada tahun 1951, penduduk tempatan yang melanggar undang-undang tersebut dihukum penjara sehinggalah orang awam menuntut pembebasan mereka. Tindakan paling berani dan menjadi sebutan ramai tentang larangan tomato ini terjadi pada tahun 1957 apabila para penyokong mengadakan pengebumian tomato olok-olok lengkap dengan keranda dan perarakan. Selepas tahun 1957, pemerintah tempatan memutuskan untuk mengikut suara ramai, kemudian menetapkan beberapa peraturan dan menerima tradisi yang karut ini. Meskipun buah tomato ialah agenda utamanya, pelbagai pesta diadakan selama seminggu sebelum acara kemuncak itu berlangsung. Acara itu menjadi satu pesta sambutan penaung wali Buñol, Virgin Mary dan St. Louis Bertrand, yang diiringi perarakan di jalanan, muzik dan membakar bunga api menurut kemeriahan budaya rakyat Sepanyol. Sebagai persediaan mengumpul kekuatan untuk pertarungan itu, sejenis hidangan tradisi atau paella dihidangkan pada malam sebelum pertarungan yang terdiri daripada nasi, makanan laut, safron dan minyak zaitun Valencia yang tersendiri. Kini, festival turun-temurun ini diraikan dengan lebih teratur. Penganjur telah berusaha dengan gigih untuk menghasilkan sejenis tomato yang bukan untuk dimakan semata-mata untuk acara tahunan ini. Festival bermula sekitar pukul 10 pagi apabila para peserta berlumba merebut daging khinzir yang diikat pada tiang yang dilumur dengan minyak. Penonton di kiri kanan jalan akan menyembur air sambil menyanyi dan menari. Apabila loceng gereja bergema menandakan masuknya waktu tengah hari, deretan trak yang sarat dengan tomato akan memasuki kota, sementara laungan "To-ma-te, to-ma-te!" semakin lantang berkumandang. Serentak itu, apabla meriam air dilepaskan, acara utama pun bermula. Itulah penanda tomato boleh mula dilenyek dan dilempar sepuas-puas hati terhadap seteru. Tomato dilontar dari jarak jauh, melalui serangan jarak dekat selain lambungan jarak sederhana. Apa pun teknik anda, apabila semua itu berakhir, penampilan (malah perasaan) anda pastinya berbeza. Hampir sejam kemudian, penyerang yang lencun dek tomato ini akan berjoget salsa di jalanan yang kejinggaan dengan tomato lecek. Tembakan meriam yang kedua menandakan tamatlah pertarungan. |